MUHYIDDIN SERTAI PKR?
SUBANG
JAYA:
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bersama PKR dalam
siri jelajah bagi menerangkan isu-isu mutakhir termasuk berhubung syarikat
pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jelasnya, ia dilihat gerakan bagi mengajak
rakyat untuk bersama serta menyebar maklumat yang disasarkan dalam medium yang
lebih mudah difahami.
Walaupun menafikan akan menyertai PKR, Tan Sri
Muhyiddin bagaimanapun menyatakan sokongan kepada inisiatif parti itu.
"Saya fikir kerjasama yang penting untuk
menangani isu negara itu sesuatu yang tidak boleh kita elakkan. Soal ahli atau
tidak bukan isu, (tapi) semangat juang yang ada.
"Yang penting saya harap inisiatif PKR
menjemput semua pihak itu paling utama dan hendaklah ditumpukan sekarang
ini," katanya semasa sidang media khas di sini hari ini.
Turut hadir, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin dilaporkan
berkata penubuhan sebuah wadah politik baharu hanya akan berkesan sekiranya ia
dipersetujui secara konsensus oleh rakan-rakan pimpinan parti pembangkang yang
lain.
Beliau
turut bersetuju dengan cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu yang akan bekerjasama dengan semua
pihak termasuk Pakatan Harapan (PH), PAS dan pertubuhan masyarakat sivil.

No comments:
Post a Comment